search

6 Konsep Hias Rumah Yang Paling Popular

Hai korang. Wahh ! Dah dapat kunci rumah ? Tapi buntu taktahu nak hias ikut konsep apa ? Meh sini min nak kongsi sikit konsep yang menarik buat tatapan mata korang. Mana tahu, korang tiba-tiba ada idea nak hias nanti.

1. Gaya Hamptons

HAMPTONS STYLEHAMPTONS STYLEHAMPTONS STYLE
Ini merupakan gaya hiasan dalaman yang sangat popular di Australia. Gaya Hamptons yang klasik ini merangkumi palet segar dan lapang dan tekstur semula jadi. 


Putih dan biru merupakan warna utama di dalam gaya Hamptons, bersama dengan elemen-elemen penting seperti tingkap yang berada di kedudukan yang baik untuk mengoptimumkan pengudaraan silang, penutup ladang, hiasan gaya nautika, papan lantai kayu dan cetakan kayu di lorong-lorong dan tangga.

Di dapur, kabinet dapur putih , dengan rak terbuka atau pintu kaca. Batu berwarna marmar atau warna yang cerah adalah pilihan utama untuk bangku.

2. Minimalis

MINIMALIST STYLEMINIMALIST STYLEMINIMALIST STYLE

Maksud minimalis adalah sama dengan maksud minimum. 

Ini merupakan konsep yang paling mudah ditiru dan tidak memerlukan banyak kos. Pasangan yang baru berkahwin atau masih bujang sudah tentu sangat sesuai degan konsep. Selain tidak memerlukan perabot yang banyak, ia juga dapat memudahkan kerja-kerja pembersihan dan selesa kerana mempunyai ruang yang luas. 

Konsep ini sesuai pada ruang yang besar mahupun kecil asalkan korang tahu nak hias dengan cara minimalis. 

3. Gaya 'Scandinavian'

SCANDINAVIAN STYLESCANDINAVIAN STYLE

Konsep Scandinavian ini sangat sesuai dengan orang yang elegan dan menyukai sesuatu yang moden dan tidak terlalu tradisional. 

Konsep Scandinavian kebiasaannya banyak menggunakan material kayu seperti kerusi, kemasan lantai, meja makan dan sebagainya. Ia juga mempunyai tingkap yang panjang untuk menambah cahaya dan mempunyai warna yang cerah dan pastel. 

SCANDINAVIAN STYLESCANDINAVIAN STYLE


4. Gaya Klasik Inggeris

CLASSIC ENGLISH STYLECLASSIC ENGLISH STYLECLASSIC ENGLISH STYLE

Gaya klasik ini sering menjadi pilihan orang ramai. Gaya klasik yang berasal dari Eropah ini dihasilkan dari gabungan warna-warna yang menyinar seperti bingkai cermin yang berkerawang dan berwarna emas, rekaan perabotnya yang kelihatan lebih mahal dan dapat membawa aura kemewahan. 

Warna dinding pulak biasanya berwarna neutral seperti krim, putih, hitam dan coklat Kebiasannya perabot yang pemilik miliki adalah jenis rekaan khas dan memerlukan proses yang lama.

CLASSIC ENGLISH STYLECLASSIC ENGLISH STYLE

Gaya ini juga dilengkapi dengan permaidani, lampu chandelier dan langsir yang panjang dan tinggi bagi menyerlahkan konsep klasik yang diterapkan.

5. Gaya Tradisional 

TRADITIONAL STYLETRADITIONAL STYLETRADITIONAL STYLE

Ini merupakan salah satu gaya klasik dari masyarakat kita. Seperti namanya, ia merupakan konsep ala rumah kampung.

Jangan risau. Konsep ini sesuai digunakan di mana saja, takkiralah rumah korang dekat bandar ke dekat kampung ke rumah kayu ke rumah batu ke, semua sesuai. asalkan korang bijak dalam menggabungkan jenis perabot, warna dinding dan aksesori lain. 

Kebiasannya konsep ini menggunakan hanya satu warna sahja iaitu warna coklat. Ia dikaitkan dengan warna dinding, perabot kayu sehinggalah warna dekorasi yang lainnya.

TRADITIONAL STYLETRADITIONAL STYLE

Bagi mereka yang gemarkan barang antik dari zaman nenek moyang korang, korang boleh jadikan hiasan ala kampung supaya nampak lagi menarik dan cantik.

6. Gaya Moden & Kontemporari

MODERN & CONTEMPORARY STYLEMODERN & CONTEMPORARY STYLEMODERN & CONTEMPORARY STYLE

Sekiranya korang merupakan golongan yang menyukai gaya hidup yang mewah dan sofistikated, ini merupakan konsep yang paling sesuai buat korang. 

Gaya moden dan kontemporari mempunyai cirinya yang sama dimana ianya dihias dengan ringkas tapi kelihatan mewah. Ramai yang menggunakan konsep moden ni sebab ianya mudah digayakan dan tak perlukan banyak barang. 

MODERN & CONTEMPORARY STYLEMODERN & CONTEMPORARY STYLE

Konsep ni lebih kurang macam minimalis, bezanya minimalis banyak menggunakan warna yang terang manakala moden ini banyak menggunakan warna hitam dan putih sebagai asa dan menggabungkan warna bumi sebagai gabungan sekunder dan warna tertier untuk penampakan lebih dramatik.


Jadi korang dah ada idea belum? Menarikkan. Korang pilihlah konsep yang sesuai dan jiwa korang. Takdelah korang menyesal pulak nanti. Andai kata korang belum ada idea, rajinlah jenguk sini baca idea yang min buat.

Idea min ni banyak sangat jadi min naklah share dekat korang jugak. Macam min, min sukakan gaya moden dan kontemporari, sebab senang nak aturkan perabot dan jenis perabot pon yang senang jumpa. Goodluck korang.   



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping