search

LUXURY CONSOLE TABLE

Console Table adalah sebuah perabot yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu ruang lebih kelihatan berseri dan nampak mewah selain digunakan untuk meletakkan barang-barang. Selalunya, console table akan disandarkan pada dinding bersama dengan cermin untuk memberikan ruang tersebut kelihatan kosong. 

console table

Console table merupakan perabot yang berasal dari Perancis dan Itali. Dimana, ia mudah didapati di setiap ruang istana dan golongan bangsawan pada akhir abad ke-17 (Ganea, 2016). Pada masa itu, rekaan console table dipengaruhi oleh teater melalui ukiran yang kompleks dan hasil penyaduran yang halus dan kemas.

Reka bentuk moden mencerminkan kecenderungan ke arah gambaran abstrak dan pelbagai gaya seni termasuklah impresionisme dan ekspresionisme (Brommer, 2008). Imprisionisme adalah seni rupa yang menjurus kepada ketepatan warna berdasarkan pencahayaan terhadap sesuatu objek yang dilukis berdasarkan sumber cahaya pada waktu atau masa yang tertentu. 

Manakala ekpresionisme adalah seni rupa yang menganggap seni adalah hasil karya seniman itu sendiri, buka dari dunia sebenar ( Thabroni, 2018). Oleh itu, rekaan moden menekankan keupayaan manusia dalam mencipta, memperbaiki dan membentuk semula persekitaran mereka dengan bantuan saintifik, teknologi dan praktikal (Brommer,2008)

console table

Pada zaman dahulu, kebanyakkan console table diperbuat daripada bahan kayu. Console table pada mulanya ia direka untuk menghias ruang kecil yang dibiarkan kosong dan tidak digunakan. Dengan adanya meja konsol ini, ia mampu menampakkan ruang tersebut lebih cantik dan berseri.


Kini, rekaan console table adalah lebih ringkas dan minimalis dan ianya masih mengekalkan fungsi utama meja konsol iaitu tempat penyimpanan barang dan untuk menghias ruangan kosong sesuatu tempat. Selain itu, console table juga sesuai ditempatkan sebagai sudut terapi pengguna

Pemilihan console table seperti jenis dan warna sering dipertimbangkan sewaktu membuat keputusan membeli console table mewah ini. Akan tetapi setiap aspek mestilah memainkan peranan yang amat pentinng denga konsep rumah yang sedia ada. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi KAMI untuk maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan Luxury console table

VICTORIA CONSOLE TABLE

VICTORIA CONSOLE TABLE



Older post

Your cart is currently empty.
Continue shopping