search

Panduan Untuk Memilih Sofa Chesterfield di Rumah Anda

Ruang tamu adalah ruang bersama yang menjadi lambang sesebuah rumah.

Jadi, pemilihan perabot dan hiasan dalaman untuk menghias ruangan ini memerlukan kreativiti yang tersendiri. Salah satunya adalah dengan menggunakan sofa Chesterfield.

Nama sofa ini diambil dari nama tempat iaitu Earl of Chesterfield di mana ia mula diperkenalkan oleh Philip Stanhope, seorang bangsawan British.

Walaupun reka bentuk sofa Chesterfield agak lama tetapi ia masih kekal menjadi permintaan ramai dengan ciri-ciri mewah, klasik, dan elegan untuk ruang tamu anda.

1. Mengutamakan keselesaan

Faktor keselesaan menjadi perkara utama yang selalu menjadi kayu ukur sesuatu produk kepada pembeli.

Bahkan kadang kala anda pasti pernah membeli produk yang anda tidak berminat dengan designnya tetapi kerana selesa anda terus membuat keputusan untuk membeli.

Sofa Chesterfield diberi jolokan dengan gelaran “raja sofa” kerana ia diakui mempunyai fungsi selesa pada tahap maksima di samping kualiti bahan premium yang digunakan.

Namun ini tidak bermakna sofa ini tidak mampu dibeli oleh orang biasa. Kini, harga Chesterfield sofa ini jauh lebih murah, berpatutan, dan mampu dibeli oleh kebanyakkan orang.


2. Rekaan dan ukuran sofa

Kerana sofa ini eksklusif, reka bentuknya juga turut sama eksklusif. Anda tidak akan berasa kecewa atau menyesal membelinya.

Sofa Chesterfield bukan sahaja mempunyai ketinggian yang sama dengan reka bentuk asli, tetapi juga mempunyai kedudukan butang-butangnya yang seragam dan teratur.

Jadi tidak hairan jika proses pembuatannya sangat elegan dan penuh ketelitian setanding dengan statusnya.

Dari segi ukuran pula, sofa besar boleh mencapai lebar 2240 dan 2080 mm. Model lebar purata ialah 1840, 1640 dan 1440 mm. Versi kompak direka untuk seorang dan mempunyai lebar 1100 mm.


3. Struktur / frame

Sofa yang berkualiti mempunyai struktur atau frame yang solid, padat dan kukuh. Apabila anda duduk di atasnya, ia tidak bergoyang atau senget.

Lazimnya, rangka sofa yang berkualiti diperbuat dari material kayu yang baik antaranya Kayu Meranti, Kayu Balau atau dari jenis kayu keras. Rangka kayu yang berkualiti dan tahan lama juga sering disembur dengan ubat tahan penyakit dan pencegah anai anai.



4. Pemilihan Warna

Perhatian yang khusus perlu anda berikan bukan sahaja pada keselesaan, material, dan reka bentuk tetapi juga untuk pemilihan warna bermula dengan coklat dan berakhir dengan perak avant-garde.

Untuk bilik-bilik yang luas di mana anda ingin melihat secara terang-terangan kawasan tempat duduk, anda harus memilih sofa yang dibuat dengan warna yang berbeza berbanding warna keseluruhan bilik. 

Bagi anda yang mahu menonjolkan warna keaslian sofa Chesterfield, warna coklat-merah adalah pilihan yang terbaik dengan intensiti yang berbeza.

Untuk yang mahu menjadikan sofa ini sebagai elemen utama, maka anda perlu memberi perhatian kepada versi ungu, hijau atau biru.

Warna coklat kerap menjadi pilihan kerana ia mudah untuk digabungkan dengan pelbagai jenis warna manakala warna hitam pula menampakkan keanggunan dan elegan.



5. Pemilihan upholsteri

Kemuncak sebuah sofa Chesterfield model klasik terletak pada penampilannya yang menarik. Upholsteri produk itu selesai dengan butang bulat, yang memberikan keaslian dan meningkatkan ketahanan.


6. Jenis dan ukuran kaki

Sofa Chesterfield selalunya dilengkapi dengan hiasan kaki kayu yang bergaya. Kaki kayu berpusing adalah kaki paling biasa terdapat pasaran.

Selain itu, ada juga terdapat jenis kaki lain seperti kaki sanggul dan kaki beroda. Tapak empat segi kebiasaannya sesuai untuk ruang kediaman moden.

Kaki sofa Chesterfield datang pelbagai pilihan daripada tinggi 4 inci sehingga ke 6 inci. Jika anda mahukan sesuatu yang unik, anda boleh pilih gaya dan warna kaki yang berbeza.


7. Jenis material pada foam

Sofa berkualiti tinggi mestilah disandarkan dengan jenis material yang berkualiti juga supaya ia lebih tahan lama, tidak mudah terbenam, sentiasa kelihatan kemas dan kukuh dalam jangka masa yang lama.

Fabrik Chesterfield sofa diperbuat dari pelbagai lapisan High Densiti Foam. Lapisan foam yang tinggi dan padat mampu untuk menampung penggunaan yang lasak sehari-hari dengan nilai yang lebih berkualiti dan harga yang seimbang.



8. Kualiti straps/springs

Spring pada sofa perlulah kenyal untuk memastikan sofa tidak mudah penyek, tidak terbenam dan mampu mengekalkan reka bentuknya.



9. Jenis material pada cover

Kualiti sofa berakhir dengan material yang digunakan untuk melitupi permukaannya. Material seperti fabrik, PU dan kulit sering pakai.

Kebiasaannya anda akan memilih kulit kerana tampak jauh lebih mewah walaupun sebenarnya harga sofa Chesterfield murah berada di pasaran ketika ini.



10. Pemilihan Dimensi

Sofa lurus, sofa penjuru, sofa dengan tempat tidur, dan sofa empat tempat duduk adalah jenis dimensi yang terdapat pada sofa Chesterfield. Anda boleh memilih jenis dimensi tersebut berpandukan ukuran saiz dan reka bentuk ruangan.

Contohnya, anda mempunyai ahli keluarga yang besar, jadi memilih sofa empat tempat duduk adalah pilihan yang sangat ideal.

Ia mencapai lebar hampir tiga meter, dicirikan oleh kemudahan dan membolehkan semua orang mendapatkan tempat yang selesa untuk berehat. Anda juga boleh memilih kombinasi dimensi yang anda perlukan seperti kombinasi 3+1+1 atau 2+1 atau 1+1+1+1 atau apa sahaja yang dirasakan bersesuaian dengan ruang tamu kediaman.


Faktor pemilihan seperti harga Chesterfield sofa ataupun fabrik Chesterfield sofa  sering dipertimbangkan sewaktu membuat keputusan membeli sofa Chesterfield murah, akan tetapi setiap aspek memainkan peranan yang penting dan anda perlu memberikan perhatian kepada keseluruhannya. 

Harapkan panduan memilih sofa Chesterfield ini dapat memberikan informasi yang berguna untuk hiasan dalaman kediaman anda di Malaysia.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping